Ahad, 21 Mac 2010

In Memorial - Al-Fatihah

- Chu Tam Dalam Kenangan-Tanggal 2 Jan 2010 -



Rakaman kenangan bersama Chu Tam di rumahnya
"Chu...Kami sekeluarga amat merinduimu" - Setiap kali pulang ke kampung kami merasakan seolah-olah suatu kehilangan. Mana tidaknya, kebiasaannya di kampung selepas bersarapan di rumah mak, kami akan menjenguk Chu dan 'menyerok' minum kopi di rumah Chu pula.
Gambar diambil 2 minggu sebelum pemergian Allahyarhamah di hadapan rumah Tok Wan Cha

Pada tanggal 2 Jan 2010 (Sabtu) Chu Tam telah kembali ke rahmatullah dan selamat disemadikan di tanah perkuburan Masjid Sultan Abdul Halim, Sidam Kiri, Padang Serai Kedah. Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah, moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang salihin. Amin.

- PERGI TAK KEMBALI - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia Yang Fana akan ditinggalkan
Hanya Amalan Yang Dibawa
Terdengar Sayup Surah Dibaca
Sayunya Alunan Suara
Cemas Di dada, lemah tak bermaya
Terbuka Hijab Di Depan Mata
Selamat Tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita Tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekubur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin padahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf dan berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk sanak saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan di tempat yang mulia bersama syuhada dan shalehin. Amin.